Sekiranya kita mempunyai sebidang tanah yang luas, misalnya 10,000 kaki persegi, lebih sesuai untuk kita bina rumah 1 tingkat. Apatah lagi jika kawaan tersebut rata dan tidak mempunyai pemandangan yang cantik disekitarnya. Ini kerana rumah 1 tingkat tidak membazirkan ruang di kawasan tangga dan semestinya tidak menyukarkan kita di usia emas nanti. Nak mendaki tangga untuk kemaskan rumah pun jadi azab. Dah ramai juga klien berusia yang kami temui mengeluh tak larat nak naik tingkat atas. Kali ini kami akan kongsikan sebuah lagi pelan rumah 1 tingkat seluas 2782 kaki persegi. Pelan rumah banglo setingkat 5 bilik tidur 5 bilik air dengan hall tinggi! Pelan ini hanyalah draf yang telah pun di tukar beberapa kali sehingga klien kami puas hati. Susunan bilik dan ruang di dalam pelan akhir 100% berbeza dari pelan yang kami beri ini. Pelan akhir rumah tersebut yang kami bina tidak akan kami kongsikan. Inilah kelebihan membina rumah di atas tanah sendiri, anda boleh mengubah pelan rumah idaman ...