Posts

Pelan rumah banglo 1 tingkat 5 bilik tidur 4 bilik air

Image
  Rekaan rumah banglo setingkat ini berkonsepkan alam semula jadi di dalam rumah. Rekaan rumah ini adalah setiap ruang di dalam rumah disambungkan antara satu sama lain dan bertumpukan pada elemen alam semula jadi di dalam rumah ini iaitu open courtyard. Rekaan open courtyard ini adalah terbuka dan hanya boleh dinikmati oleh pengguna di dalam rumah itu sahaja. Rekaan landskap courtyard itu terletak kepada cita rasa pengguna. Kemasan luaran rekaan ini bertemakan minimalis dengan minimalkan pengunaan corak dan coping. Disertakan juga rekaan 'light shelf' pada tingkap untuk melantunkan cahaya semula jadi luar masuk ke dalam ruang tertentu di dalam rumah ini. Dengan keluasan 5221 kaki ², rekaan banglo setingkat ini mempunyai 5 bilik tidur dan 4 bilik air.Rekaan ini sesuai di mana-mana sahaja lokasi tanah yang berbentuk segi empat sama tidak kira di bandar mahupun di desa.

Pelan rumah banglo 2 tingkat 4 bilik tidur 5 bilik air

Image
  Rekaan rumah banglo moden yang berkonsepkan privasi dalam menikmati keindahan alam.  Rekaan rumah ini meminimakan jumlah bukaan seperti tingkap pada bahagian yang boleh dilihat oleh orang ramai dan memaksimumkan jumlah bukaan pada bahagian yang tidak dilihat oleh orang ramai. setiap ruang di bahagian itu akan menghadap pemandangan yang indah untuk dinikmati pengguna ruang tersebut. Dengan berkeluasan 7524 kaki²,rekaan rumah banglo ini memuatkan 4 bilik tidur dan 5 bilik air.Rekaan rumah ini sesuai untuk tanah yang memanjang dan mempunyai latar belakang yang menarik untuk dinikmati oleh pemilik rumah.

Pelan rumah banglo 1 tingkat 4 bilik tidur 3 bilik air di kaki bukit

Image
Memang cantik dan unik rumah yang dibina di lereng bukit. Selain pemandangan yang indah, susun atur rumah juga boleh dibina dengan unik. Ini kerana rekabentuk rumah yang memanfaatkan bentuk muka bumi. Tetapi perlu diingat, kos untuk membina rumah dilereng bukit jauh lebih mahal dari pada tanah rata. Terutama sekali kerana kos pembinaan tembok penahan. Kami telahpun menulis panduan untuk mencari lot tanah terbaik. Boleh baca di bawah. Pelan rumah banglo setingkat 4 bilik tidur 2 bilik air. Sesuai untuk tanah kaki bukit dengan pemandangan menarik. Pelan rumah beserta model 3 dimensi banglo ini dihasilkan sepenuhnya oleh staf arkitek kami. Semua klien kami boleh merekacipta pelan rumah idaman mereka sehingga puas hati. Rumah yang dibina nanti betul betul memenuhi citarasa kita. Tak perlu kerja renovasi yang semestinya membazirkan duit. Mesti baca;   Mahu membina banglo idaman yang berkualiti? Serahkan saja pada yang pakar. Nas Nuri Construction, Kontraktor rumah banglo bermutu. Rumah bang

Pelan rumah banglo 2 tingkat 4 bilik tidur 3 bilik air

Image
 Sekiranya anda telahpun membeli sebidang lot tanah banglo bersaiz 5,000 kaki persegi, pasti akan serba salah. Kenapa?  Ya lah, tanah tak besar masa. Kalau nak buat rumah setingkat, habis semua kawasan tanah untuk buat rumah. Kalau buat rumah 2 tingkat pula, risau pula rumah tersebut kecil saiznya. Persoalannya, berapa saiz banglo 2 tingkat yang selesa saiznya. Tidak terlalu besar. Just nice untuk 1 keluarga dengan 2 anak. Plan rumah kali ini memang sesuai untuk anda.

Pelan rumah banglo 2 tingkat 5 bilik tidur 5 bilik air

Image
 Sekiranya anda mempunyai sebidang tanah dengan pemandangan yang indah, sangat sayang jika tidak dimanfaatkan kelebihan lokasi tersebut dalam rekabentuk rumah. Inilah yang berlaku pada satu hari. Seorang tuan tanah ingin membina rumah di kawasan bukit. Tanahnya pula jenis memanjang. Dan sempadan belakang rumah adalah kawasan bukit yang curam. Memang tinggilah, tapi lawa sangat pemandangannya. Setelah kami melawat tanah tersebut, terhasillah pelan rumah dibawah ini. Ini cuma pelan cadangan saja dan telah pun ditolak oleh tuan rumah. Jadi, kami pun kongsikan disini untuk rujukan tuan puan. Mana lah tau berkenan kan?

Pelan rumah banglo 2 tingkat 7 bilik tidur 7 bilik air

Image
Di bawah ini adalah pelan lantai dan lukisan 3 dimensi yang dihasilkan sendiri oleh arkitek kami di Nas Nuri Construction. Jika anda merancang mempunyai keluarga yang besar, mesti perlukan rumah yang besar. Sebaiknya selepas kita membeli rumah pertama berdasarkan kemampuan kita, langkah terbaik seterusnya adalah membeli sebidang tanah di kawasan yang strategik. Kami ada kongsikan langkah langkah membeli tanah sebelum ini disini. Pelan rumah 2 tingkat 7 bilik tidur 7 bilik air. Pelan ini baru di peringkat cadangan dan telah pun diubah oleh klien. Jadi pelan yang lama ni kami bolehlah kongsikan dengan tuan puan. Kerana susun atur bilik dalam pelan terkini pun dah tak sama lagi. Inilah kelebihan buat rumah sendiri, boleh ubah pelan layout rumah sampai puas hati sebelum proses permohonan ke majlis tempatan di lakukan untuk sijil CCC. Rumah banglo 2 tingkat dengan rekaan ini sesuai dibina di atas sebidang tanah yang sekurang kurangnya 6000 ke 7000 kaki persegi. Yang penting saiz tanah terse

Pelan rumah banglo 1 tingkat 5+1 bilik tidur 4 bilik air cerun bukit

Image